Sunday, February 14, 2010

aKu suKe laGu niE...hihi

SEGENGGAM TABAH

bertali arus dugaan tiba
menakung sebak air mata
namun tak pernah pun setitis
gugur berderai dipipi

tidak ditempah hidup sengsara
suratan nasib yang melanda
menongkah badai bergelora
diredah bersendirian

bagaikan camar pulang senja
patah sayapnya tetap terbang jua
sekadar secicip rezeki
buat yang sedang rindu menanti

segenggam tabah dipertahankan
buat bekalan diperjalanan
kau ubat luka yang berdarah
kau balut hati yang calar

telah tertulis suratan nasibmu
derita buatmu ada hikmahnya
terlukis senyum dibibir lesu
tak siapa tahu hatimu

biarpun keruh air dihulu
mungkinkah jernih dimuara
biarpun jenuh hidup dipalu
pasti bertemu tenangnya



KAU PERMATAKU

sunyi..
selubungi malam
mengusik minda yang terlontar jauh
masih hangat terasa
tangan yang membelai
yang mengusik manja

daku damba kasihmu
biar jadi pedoman
buat penyuluh jalan
kugapai impian

angin..
kau nyanyikan lagu
untuk permataku
tenang selalu
bayu..
sampaikan berita
daku kini ceria
aman dan bahagia
selimutkan rinduku
bersama malammu

hadirlah dalam mimpiku
agar kau selalu ada disisiku
rindu belaian kasihmu
rindu senyumanmu
penwar dukaku
dengarkan laguku hadiah untukmu
jasa dan baktimu
ku kenang selamanya

Friday, February 12, 2010

LAGU KOMPENI TUN ABDUL RAZAK..

LAGU PERTAMA

berdisiplin dan dedikasi
itulah cogan kompeni kami
bersatu jujur dan berani
hanyalah untuk kompeni kami

merah kebanggaan kami
melambangkan semangat yang tinggi
tersemat dikalangan ahli
hanyalah untuk kompeni kami

sentiasa maju dalam semua bidang
sukan dan pelajaran dihadapan
semangat berjaya sentiasa ada
menjadi komandan kompeni

kamilah razak kompeni
bersatu dikalangan ahlinya
bersatu jujur dan berani
hanyalah untuk kompeni kami


LAGU KEDUA

kompeni razak masuk padang
semua orang pandang-pandang
beletung beletang jatuh telentang
yang pasti razak menang

razak wei..razak owaaa..
kami nak menang yea..yea..yea..
kami pasti menang
aok..aok..keh..keh..
aok jangan cuba cabar razak
razak memang boleh...boleh...


LAGU KETIGA

kamilah razak dari rumah merah
datang kesini untuk fight korang
jadi juara jadi champion
kalau berani marilah lawan
razak..razak..fight fight huuu..(2X)


LAGU KEEMPAT

kami razak dari rumah merah
berjanji untuk setia
kami datang dari pelbagai negeri
berjanji untuk bercinta
berjanji untuk bersama
berkhidmat untuk negara

kami semua memang keras kepala
itulah tindakan kita
kami semua memang hebat belaka
dalam semua perkara
oh cikgu...tolong tunjuk ajar

wira wirawati razak
memang hebat
memang kuat
memang ganas
dalam semua bidang
kita sama bergandingan
tiada perbezaan
kamilah tun razak
o..o..o..o..o..
kamilah terhebat
o..o..o..o..o..